12 Pasukan Berentap di Pertandingan ADU KOLEK.
Buat
julung kalinya Kerajaan Negeri Terengganu bersama Lembaga Muzium Negeri
Terengganu menganjurkan Pertandingan ADU KOLEK sebagai satu langkah
pemuliharaan khazanah budaya tradisi. Adu Kolek merujuk kepada perlumbaan
perahu kolek, sebuah perahu tradisi yang sering menjadi acara pertandingan
sewaktu perayaan kebesaran Diraja. Menurut catatan sejarah awal, perlumbaan
terawal secara besar-besaran bermula di Pengkalan Syahbandar Kuala Terengganu
pada awal tahun 1950an bersempena sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan
Terengganu. Selepas itu, saban tahun pernah diadakan pesta air sempena hari
kebesaran negeri seperti Hari Pertabalan dan Keputeraan Sultan. Acara-acara pesta air ini antaranya
perlumbaan perahu nelayan seperti Payang, Kolek, Sekoci, perahu panjang, bot nelayan, bot penambang, bot
berhias, tangkap itik, pukul bantal dan panjat tiang licin.
Bagi
tahun 2017 sebanyak 12 pasukan telah mendaftar untuk pertandingan tersebut yang
terdiri dari semua Pejabat Daerah di Negeri Terengganu serta UITM, UnisZa, UMT
dan ILP yang bakal berentap di Pesisiran Pulau Warisan pada 23 – 24 Disember
2017 bermula jam 9.00 pagi hingga 6 petang. Majlis perasmian penutup akan
disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Terengganu pada 23hb.Disember 2017 jam
11.00 pagi.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / kritikan / pandangan / cadangan bernas anda. Kunjungilah Muzium Negeri Terengganu sebagai destinasi pilihan anda.