Sunday, July 9, 2017

PAMERAN TERENGGANU NELANG


Terengganu merupakan sebuah negeri yang banyak menempa sejarah kegemilangan dan kehebatan dalam pelbagai bidang seperti pelayaran, pendidikan, kesukanan, kesenian, kebudayaan dan lain-lain yang membuktikan Terengganu memiliki orang-orang nelang yang berupaya meraih kejayaan dalam bidang-bidang tersebut.  Bukti kehebatan tersebut sebahagiannya dipelihara di Muzium Negeri Terengganu yang menjadi lambang kehebatan orang Terengganu.  Batu Bersurat, Perahu Besar, Rumah Warisan Negeri, tekstil, tekstil tenunan dan sebagainya menjadi ikon dan mewakili bidang-bidang kehebatan tersendiri yang berkait dengan ‘nelang’ orang Terengganu.
Perkataan ‘nelang’ atau  ‘hanelang’ merupakan dialek tempatan yang bermaksud handal, bengkeng atau tidak mahu kalah manakala  Kamus Dewan Edisi Ketiga mentafsirkan sebagai  ‘handalan’ sebagai dapat dipercayai atau dapat diharapkan;  setia, pandai dan bijak dalam permainan dan lain-lain.  ‘Nelang’ merupakan satu istilah yang merujuk kepada sikap luar biasa sikap dan nilai orang Terengganu sehingga diterima dan difahami sebagai sikap istimewa yang ada pada orang Terengganu. 
Bidang sukan menjadi fokus tumpuan pameran ini dimana Terengganu telah mencatat sejarah dalam pelbagai bidang kesukanan dan pelbagai peringkat, peringkat  negeri, nasional, antarabangsa malah ke peringkat olimpik yang sudah tentu diwakili anak-anak atau warga nelang negeri Terengganu.

Kehebatan dan kenelangan Terengganu diketengahkan kepada masyarakat untuk meningkat rasa penghargaan, patriotik di samping sumber kekuatan, inspirasi dan motivasi kepada rakyat Terengganu khususnya dan Malaysia amnya.

Saturday, March 11, 2017

PERTANDINGAN MEWARNA WARISAN KITA 2017

Pertandingan Mewarna Warisan Kita telah berlangsung di Kompleks Muzium Negeri Terengganu pada 11 Mac 2017 berjaya mengumpul   650  penyertaan di kalangan pelajar Tabika & Pra Sekolah
dan pelajar-pelajar sekolah rendah.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB Haji  A.Latiff  bin Awang, Pengerusi JK Pendidikan, Sains Teknologi dan Transformasi Negeri Terengganu.




Wednesday, February 15, 2017

Lawatan Kerja YAB Menteri Besar Terengganu ke Rumah Warisan.




Sekitar lawatan kerja YAB Menteri Besar Terengganu ke Rumah Warisan Negeri Rumah Hj Su di Kg. Losong Haji Su yang turut diiringi oleh YB Dato Sabri Alwi dan YBhg Tun Faisal, Pengarah Pelancongan Terengganu pada 1 Februari 2017


Monday, January 23, 2017


Kalendar Aktiviti Muzium Terengganu 2017. 13 program yang merangkumi pameran, persembahan, akademik dan pertandingan. 3 program yang menjadi program utama ialah Festival Gamelan SeDunia 2017, Seminar & Pameran Kearifan Tempatan serta Adu Kolek menjadi sandaran kepada pengunjung bersempena Tahun Melawat Terengganu 2017.

Perasmian Pameran Negeri Cantik Budaya Menarik.




Perasmian Pameran Negeri Cantik Budaya Menarik, pembuka kalendar Aktiviti Muzium Terengganu pada 2 Jan 2017 oleh YBM Tengku Zaihan Che Ku Abd.Rahman mewakili YAB Menteri Besar Terengganu.

Sunday, August 21, 2016



SAHABAT MUZIUM.
Muzium dan Masyarakat satu frasa yang memberikan signifikan tersendiri didalam menzahirkan fungsi dan peranan muzium secara dua hala. Pemuziuman yang bertunjangkan kepada kepentingan dan faedah masyarakat sudah tentu memerlukan komitmen secara langsung atau sebaliknya  dari masyarakat juga.
Sahabat Muzium merupakan satu flatform  yang relevan masakini dalam  mewujudkan jalinan yang menyeluruh muzium dengan masyarakat setempat dan diluar. “Sahabat Muzium” diwujudkan bagi merealisasikan peranan muzium dalam hubungannya dengan masyarakat serta menyediakan ruang sebagai komitmen masyarakat awam  membantu dan memikul tanggungjawab sosial bersama.
Pengwujudan “Sahabat Muzium”bermatlamatkan untuk sebagai satu medium penyaluran pendidikan pemuziuman, dan  mewujudkan satu team sebagai sukarelawan muzium dalam membantu dan menyemarakkan aktiviti pemuziuman yang bersifat kemasyarakatan.
Objektif
a. Menyediakan ruang untuk orang ramai membantu kerja-kerja pemuziuman sekaligus bertindak sebagai sukarelawan muzium dalam membantu jabatan menyemarakkan program-program yang dijalankan.
b. Menyediakan satu flatform membantu orang ramai untuk lebih memahami peranan muzium sebagai penyebar maklumat di samping menanam rasa cinta mereka terhadap muzium
c. Perkongsian dan percambahan ilmu dalam mengembangkan peranan muzium sebagai institusi pendidikan tidak formal yang mampu menyalurkan ilmu dalam pelbagai bidang dengan efektif
d. Mewujudkan duta-duta kecil sebagai agen promosi untuk menarik orang ramai berkunjung kemuzium.
e. Mengeratkan hubungan muzium dengan masyarakat luar.

            Syarat-syarat penyertaan
·         Penyertaan terbuka pada  warganegara 18 tahun keatas.
·         Sihat tubuh badan dan perawakan menarik
·         Boleh membaca dan menulis
·         Yuran Keahlian/pendaftaran  RM50.00 (setelah permohonan berjaya)
·         Memiliki kemahiran
1)    Bahasa dan komunikasi
2)    Kesenian dan kebudayaan
3)    Keahlian dalam pelbagai disiplin ilmu.

Antara Manfaat Keahlian Sahabat Muzium

a.         Dapat menyertai aktiviti jabatan secara ekslusif secara berkala

b.         Diskaun 50% untuk tiket dan aktiviti jabatan yang berbayar.

c.         Kad keahlian dengan diskaun pembelian dari agensi terpilih

d.         Sehelai Kemeja T untuk aktiviti semasa.

e          Buletin Khazanah secara percuma untuk setiap keluaran


f.          Sijil Keahlian kepada ahli yang aktif.

Tuesday, June 28, 2016

7 Ribu Pelajar Kunjungi Muzium - Kerja Khusus PT3



Dalam tempoh 2 minggu hampir 7,000 pelajar Tingkatan 3 seluruh Terengganu telah menyerbu ke Kompleks Muzium dan Muzium-Muzium Daerah dalam usaha menyelesaikan kerja khusus PT3 yang memberi fokus kepada bangunan dan monumen bersejarah. Kota Lama Duyong, Rumah Haji Su, Muzium Kemaman, Muzium Dungun dan Bukit Puteri antara kunjungan pelajar bagi mendapatkan maklumat berkaitan.


Semoga kunjungan untuk menimba ilmu dan maklumat akan menrealisasikan lagi slogan 'muzium sebagai pusat pemuliharaan dan rujukan kearifan tempatan'. Selamat Maju Jaya kepada adik-adik pelajar semua.

Search This Blog

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...