Wednesday, December 13, 2017


12  Pasukan Berentap di Pertandingan ADU KOLEK.
Buat julung kalinya Kerajaan Negeri Terengganu bersama Lembaga Muzium Negeri Terengganu menganjurkan Pertandingan ADU KOLEK sebagai satu langkah pemuliharaan khazanah budaya tradisi. Adu Kolek merujuk kepada perlumbaan perahu kolek, sebuah perahu tradisi yang sering menjadi acara pertandingan sewaktu perayaan kebesaran Diraja. Menurut catatan sejarah awal, perlumbaan terawal secara besar-besaran bermula di Pengkalan Syahbandar Kuala Terengganu pada awal tahun 1950an bersempena sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Terengganu. Selepas itu, saban tahun pernah diadakan pesta air sempena hari kebesaran negeri seperti Hari Pertabalan dan Keputeraan Sultan.  Acara-acara pesta air ini antaranya perlumbaan perahu nelayan seperti Payang, Kolek, Sekoci, perahu  panjang, bot nelayan, bot penambang, bot berhias, tangkap itik, pukul bantal dan panjat tiang licin.

Bagi tahun 2017 sebanyak 12 pasukan telah mendaftar untuk pertandingan tersebut yang terdiri dari semua Pejabat Daerah di Negeri Terengganu serta UITM, UnisZa, UMT dan ILP yang bakal berentap di Pesisiran Pulau Warisan pada 23 – 24 Disember 2017 bermula jam 9.00 pagi hingga 6 petang. Majlis perasmian penutup akan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Terengganu pada 23hb.Disember 2017 jam 11.00 pagi.


Search This Blog

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...