Objektif Muzium

OBJEKTIF MUZIUM

Penubuhan Muzium Negeri adalah berlandaskan kepada beberapa objektif tertentu sebagai garispandu dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti . Di antaranya adalah:-

  • Untuk menyelamatkan warisan sejarah dan budaya dengan cara memungut, memelihara, menyimpan dan mempamerkan barang-barang lama dan baru yang mempunyai nilai-nilai sejarah dan budaya tradisi bercorak Negeri Terengganu Darul Iman khasnya dan Malaysia amnya.
  • Untuk menjalankan penyelidikan dan kajian di dalam beberapa cabang kebudayaan negeri khasnya supaya penerangan mengenainya dapat disebarkan kepada orang ramai sebagai bahan pengetahuan dan mendidik serta menyemai semangat cintakan sejarah dan budaya sendiri.
  • Untuk menjalankan penyelidikan dan kajian persejarahan negeri dan pemuliharaan terhadap kesan-kesan sejarah yang terdapat di seluruh negeri dengan matlamat meletakkan pandangan sejarah negatif pada perspektif yang sewajarnnya menurut nilai-nilai yang sebenarnya tanpa pengaruh asing. Segenap lapisan masyarakat akan digalakkan menggunakan kemudahan di Muzium untuk tujuan penyelidikan dan pembelajaran.
  • Untuk menjalankan penyelidikan dan pemuliharaan terhadap fauna, flora dan batu-batan yang terdapat di negeri ini.
  • Sebagai aset dan destinasi pelancongan utama disamping membantu serta menggalakkan perkembangan industri pelancongan negeri khasnya dan Malaysia amnya.membantu serta menggalakkan perkembangan industri pelancongan negeri Terengganu.

Search This Blog

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...