Sunday, July 9, 2017

PAMERAN TERENGGANU NELANG


Terengganu merupakan sebuah negeri yang banyak menempa sejarah kegemilangan dan kehebatan dalam pelbagai bidang seperti pelayaran, pendidikan, kesukanan, kesenian, kebudayaan dan lain-lain yang membuktikan Terengganu memiliki orang-orang nelang yang berupaya meraih kejayaan dalam bidang-bidang tersebut.  Bukti kehebatan tersebut sebahagiannya dipelihara di Muzium Negeri Terengganu yang menjadi lambang kehebatan orang Terengganu.  Batu Bersurat, Perahu Besar, Rumah Warisan Negeri, tekstil, tekstil tenunan dan sebagainya menjadi ikon dan mewakili bidang-bidang kehebatan tersendiri yang berkait dengan ‘nelang’ orang Terengganu.
Perkataan ‘nelang’ atau  ‘hanelang’ merupakan dialek tempatan yang bermaksud handal, bengkeng atau tidak mahu kalah manakala  Kamus Dewan Edisi Ketiga mentafsirkan sebagai  ‘handalan’ sebagai dapat dipercayai atau dapat diharapkan;  setia, pandai dan bijak dalam permainan dan lain-lain.  ‘Nelang’ merupakan satu istilah yang merujuk kepada sikap luar biasa sikap dan nilai orang Terengganu sehingga diterima dan difahami sebagai sikap istimewa yang ada pada orang Terengganu. 
Bidang sukan menjadi fokus tumpuan pameran ini dimana Terengganu telah mencatat sejarah dalam pelbagai bidang kesukanan dan pelbagai peringkat, peringkat  negeri, nasional, antarabangsa malah ke peringkat olimpik yang sudah tentu diwakili anak-anak atau warga nelang negeri Terengganu.

Kehebatan dan kenelangan Terengganu diketengahkan kepada masyarakat untuk meningkat rasa penghargaan, patriotik di samping sumber kekuatan, inspirasi dan motivasi kepada rakyat Terengganu khususnya dan Malaysia amnya.

Saturday, March 11, 2017

PERTANDINGAN MEWARNA WARISAN KITA 2017

Pertandingan Mewarna Warisan Kita telah berlangsung di Kompleks Muzium Negeri Terengganu pada 11 Mac 2017 berjaya mengumpul   650  penyertaan di kalangan pelajar Tabika & Pra Sekolah
dan pelajar-pelajar sekolah rendah.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB Haji  A.Latiff  bin Awang, Pengerusi JK Pendidikan, Sains Teknologi dan Transformasi Negeri Terengganu.




Wednesday, February 15, 2017

Lawatan Kerja YAB Menteri Besar Terengganu ke Rumah Warisan.




Sekitar lawatan kerja YAB Menteri Besar Terengganu ke Rumah Warisan Negeri Rumah Hj Su di Kg. Losong Haji Su yang turut diiringi oleh YB Dato Sabri Alwi dan YBhg Tun Faisal, Pengarah Pelancongan Terengganu pada 1 Februari 2017


Monday, January 23, 2017


Kalendar Aktiviti Muzium Terengganu 2017. 13 program yang merangkumi pameran, persembahan, akademik dan pertandingan. 3 program yang menjadi program utama ialah Festival Gamelan SeDunia 2017, Seminar & Pameran Kearifan Tempatan serta Adu Kolek menjadi sandaran kepada pengunjung bersempena Tahun Melawat Terengganu 2017.

Perasmian Pameran Negeri Cantik Budaya Menarik.




Perasmian Pameran Negeri Cantik Budaya Menarik, pembuka kalendar Aktiviti Muzium Terengganu pada 2 Jan 2017 oleh YBM Tengku Zaihan Che Ku Abd.Rahman mewakili YAB Menteri Besar Terengganu.

Search This Blog

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...