Sunday, July 9, 2017

PAMERAN TERENGGANU NELANG


Terengganu merupakan sebuah negeri yang banyak menempa sejarah kegemilangan dan kehebatan dalam pelbagai bidang seperti pelayaran, pendidikan, kesukanan, kesenian, kebudayaan dan lain-lain yang membuktikan Terengganu memiliki orang-orang nelang yang berupaya meraih kejayaan dalam bidang-bidang tersebut.  Bukti kehebatan tersebut sebahagiannya dipelihara di Muzium Negeri Terengganu yang menjadi lambang kehebatan orang Terengganu.  Batu Bersurat, Perahu Besar, Rumah Warisan Negeri, tekstil, tekstil tenunan dan sebagainya menjadi ikon dan mewakili bidang-bidang kehebatan tersendiri yang berkait dengan ‘nelang’ orang Terengganu.
Perkataan ‘nelang’ atau  ‘hanelang’ merupakan dialek tempatan yang bermaksud handal, bengkeng atau tidak mahu kalah manakala  Kamus Dewan Edisi Ketiga mentafsirkan sebagai  ‘handalan’ sebagai dapat dipercayai atau dapat diharapkan;  setia, pandai dan bijak dalam permainan dan lain-lain.  ‘Nelang’ merupakan satu istilah yang merujuk kepada sikap luar biasa sikap dan nilai orang Terengganu sehingga diterima dan difahami sebagai sikap istimewa yang ada pada orang Terengganu. 
Bidang sukan menjadi fokus tumpuan pameran ini dimana Terengganu telah mencatat sejarah dalam pelbagai bidang kesukanan dan pelbagai peringkat, peringkat  negeri, nasional, antarabangsa malah ke peringkat olimpik yang sudah tentu diwakili anak-anak atau warga nelang negeri Terengganu.

Kehebatan dan kenelangan Terengganu diketengahkan kepada masyarakat untuk meningkat rasa penghargaan, patriotik di samping sumber kekuatan, inspirasi dan motivasi kepada rakyat Terengganu khususnya dan Malaysia amnya.

Search This Blog

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...