Galeri
Petrolium PETRONAS yang merupakan antara
galeri terawal yang dibuka pada orang ramai di Kompleks Muzium sejak tahun
1995 telah dibuka semula pada orang ramai ekoran penutupan untuk
kerja-kerja menaik taraf galeri tersebut dengan kandungan dan persembahan yang
baharu.
Satu majlis
perasmian pembukaan semual galeri tersebut telah diadakan pada
26 Mei 2016 Majlis perasmian pembukaan semula Galeri Petroleum PETRONAS disempurnakan oleh Yang Dipertua Dewan
Undangan Negeri, Datuk Mohd Zubir Embong yang turut dihadiri Pengurus Besar
Perhubungan Awam Petronas, Intan Ainirawati A Razak dan Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Pantai Timur,
Wan Mohd Hasnan Abdullah.
Galeri Petrolium
ini bertujuan memberi maklumat dan pengetahuan kepada orang ramai mengenai
perkembangan industri minyak dan gas di negara ini. Beliau berkata, pengunjung
ke galeri berkenaan berpeluang mendalami pengetahuan mengenai industri minyak
dan gas negara melalui bahan pameran menarik dan interaktif disediakan.
Bersempena
dengan majlis tersebut juga, YB Dato Mohd Zubir turut merasmikan Siri Jelajah
Potret Penerima Anugerah Merdeka oleh Galeri PETRONAS di lokasi sama. Siri
jelajah berkenaan mempamerkan koleksi potret penerima Anugerah Merdeka antara
2008 hingga 2013
Pameran ini
memaparkan tujuh belas potret penerima anugerah “Merdeka Award’ anjuran
PETRONAS dengan matlamat memberikan apresiasi, menggalakkan budaya
inovasi dan kepimpinan serta memberikan inspirasi kearah kecemerlangan di
kalangan masyarakat yang dipamerkan sepanjang tahun 2016.
Turut hadir di
majlis tersebut adalah Pengurus Galeri Petronas dan Datuk Mohammad Nor Khalid
atau lebih dikenali sebagai Datuk Lat. Majlis perasmian pameran turut diisi
dengan acara Diskusi Seni oleh Dato Lat
yang mengimbau sejarah penglibatan beliau dalam dunia komik dan kartun.
Majlis yang turut dihadiri oleh penggiat seni lukis tempatan telah berjaya memberikan satu impak yang baik dalam
perkembangan dunia seni lukis tanahair.