Monday, June 20, 2016

Pembukaan Semula Galeri Petrolium PETRONAS dan Pameran Merdeka Award.

Galeri Petrolium PETRONAS  yang merupakan antara galeri terawal yang dibuka pada orang ramai di Kompleks Muzium  sejak tahun  1995 telah dibuka semula pada orang ramai ekoran penutupan untuk kerja-kerja menaik taraf galeri tersebut dengan kandungan dan persembahan yang baharu.



Satu majlis perasmian pembukaan semual galeri tersebut telah diadakan  pada  26 Mei 2016 Majlis perasmian pembukaan semula Galeri Petroleum PETRONAS  disempurnakan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Zubir Embong yang turut dihadiri Pengurus Besar Perhubungan Awam Petronas, Intan Ainirawati A Razak dan   Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Pantai Timur, Wan Mohd Hasnan Abdullah.
Galeri Petrolium ini bertujuan memberi maklumat dan pengetahuan kepada orang ramai mengenai perkembangan industri minyak dan gas di negara ini. Beliau berkata, pengunjung ke galeri berkenaan berpeluang mendalami pengetahuan mengenai industri minyak dan gas negara melalui bahan pameran menarik dan interaktif disediakan.
Bersempena dengan majlis tersebut juga, YB Dato  Mohd Zubir turut merasmikan Siri Jelajah Potret Penerima Anugerah Merdeka oleh Galeri PETRONAS di lokasi sama. Siri jelajah berkenaan mempamerkan koleksi potret penerima Anugerah Merdeka antara 2008 hingga 2013
Pameran ini memaparkan tujuh belas potret penerima anugerah “Merdeka Award’ anjuran  PETRONAS dengan matlamat memberikan apresiasi, menggalakkan budaya inovasi dan kepimpinan serta memberikan inspirasi kearah kecemerlangan di kalangan masyarakat yang dipamerkan sepanjang tahun 2016.


Turut hadir di majlis tersebut adalah Pengurus Galeri Petronas dan Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk Lat. Majlis perasmian pameran turut diisi dengan acara Diskusi Seni oleh Dato Lat  yang mengimbau sejarah penglibatan beliau dalam dunia komik dan kartun. Majlis yang turut dihadiri oleh penggiat seni lukis tempatan telah berjaya  memberikan satu impak yang baik dalam perkembangan dunia seni lukis tanahair.




  

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / kritikan / pandangan / cadangan bernas anda. Kunjungilah Muzium Negeri Terengganu sebagai destinasi pilihan anda.

Search This Blog

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...