Wednesday, March 20, 2019

Monday, January 22, 2018

Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderamata Sempena Pameran Terengganu Nelang.




Majlis penyampaian Sijil Penghargaan dan cenderamata sempena Pameran Terengganu Nelang diadakan di Bilik Telepuk, Kompleks Muzium Negeri Terengganu. Penyampaian disempurna oleh Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu sebagai menghargai kerjasama para atlet dalam menjayakan pameran tersebut yang belangsung  bermula 9 Julai  hingga 31 Disember 2017. 

Seramai 20 atlet terlibat adalah Abd. Mubin Rahim (Angkat Berat), Chee Geok Whee (Badminton), Che Azrol Che Mat (Angkat Berat), Mohamad Fairus Abd. Jabal (Lawn Bowls), Mohd Hafifi Mansor (Angkat Berat), Mohd Noor Abdullah (Takraw), Mohd Putra Abd. Ghani (Takraw),  Nazmizan Mohamad (Olehraga), Nurul Syafiqah Hashim (Memanah), Siti Rahmah Mohd Nasir (Silat), Sofian Mohd (Basikal keliling Dunia secara Solo), Siti Rajiah Ali (Kenu), Muhamad Rafi Kori (Pendaki Everest),  Fakrul Aidib Mohamad Yusoff (Pendaki Everest), Syazwan Mohd Noor ( Go-Kart & Formula Future), Razak Ghazali (Silat) dan Mohamad Azwar Bakar@Ibrahim (Pingpong-Paralimpik).  

Penghargaan juga diberi kepada Terengganu Sycling Team (TSG), Majlis Sukan Terengganu (MSN) dan Pejabat Urusan Royal Terengganu Endurance (RTES) termasuk  penghargaan kepada Muzium Daerah Kemaman. Kesediaan dan kesudian para atlet meminjamkan koleksi peribadi masing-masing merupakan satu kerjasama yang sangat besar maknanya kepada Muzium Negeri Terengganu.  Koleksi-koleksi tersebut telah menjadi antara  daya tarikan kepada pengunjung sepanjang pameran berlangsung.

Wednesday, December 13, 2017


12  Pasukan Berentap di Pertandingan ADU KOLEK.
Buat julung kalinya Kerajaan Negeri Terengganu bersama Lembaga Muzium Negeri Terengganu menganjurkan Pertandingan ADU KOLEK sebagai satu langkah pemuliharaan khazanah budaya tradisi. Adu Kolek merujuk kepada perlumbaan perahu kolek, sebuah perahu tradisi yang sering menjadi acara pertandingan sewaktu perayaan kebesaran Diraja. Menurut catatan sejarah awal, perlumbaan terawal secara besar-besaran bermula di Pengkalan Syahbandar Kuala Terengganu pada awal tahun 1950an bersempena sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Terengganu. Selepas itu, saban tahun pernah diadakan pesta air sempena hari kebesaran negeri seperti Hari Pertabalan dan Keputeraan Sultan.  Acara-acara pesta air ini antaranya perlumbaan perahu nelayan seperti Payang, Kolek, Sekoci, perahu  panjang, bot nelayan, bot penambang, bot berhias, tangkap itik, pukul bantal dan panjat tiang licin.

Bagi tahun 2017 sebanyak 12 pasukan telah mendaftar untuk pertandingan tersebut yang terdiri dari semua Pejabat Daerah di Negeri Terengganu serta UITM, UnisZa, UMT dan ILP yang bakal berentap di Pesisiran Pulau Warisan pada 23 – 24 Disember 2017 bermula jam 9.00 pagi hingga 6 petang. Majlis perasmian penutup akan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Terengganu pada 23hb.Disember 2017 jam 11.00 pagi.


Sunday, July 9, 2017

PAMERAN TERENGGANU NELANG


Terengganu merupakan sebuah negeri yang banyak menempa sejarah kegemilangan dan kehebatan dalam pelbagai bidang seperti pelayaran, pendidikan, kesukanan, kesenian, kebudayaan dan lain-lain yang membuktikan Terengganu memiliki orang-orang nelang yang berupaya meraih kejayaan dalam bidang-bidang tersebut.  Bukti kehebatan tersebut sebahagiannya dipelihara di Muzium Negeri Terengganu yang menjadi lambang kehebatan orang Terengganu.  Batu Bersurat, Perahu Besar, Rumah Warisan Negeri, tekstil, tekstil tenunan dan sebagainya menjadi ikon dan mewakili bidang-bidang kehebatan tersendiri yang berkait dengan ‘nelang’ orang Terengganu.
Perkataan ‘nelang’ atau  ‘hanelang’ merupakan dialek tempatan yang bermaksud handal, bengkeng atau tidak mahu kalah manakala  Kamus Dewan Edisi Ketiga mentafsirkan sebagai  ‘handalan’ sebagai dapat dipercayai atau dapat diharapkan;  setia, pandai dan bijak dalam permainan dan lain-lain.  ‘Nelang’ merupakan satu istilah yang merujuk kepada sikap luar biasa sikap dan nilai orang Terengganu sehingga diterima dan difahami sebagai sikap istimewa yang ada pada orang Terengganu. 
Bidang sukan menjadi fokus tumpuan pameran ini dimana Terengganu telah mencatat sejarah dalam pelbagai bidang kesukanan dan pelbagai peringkat, peringkat  negeri, nasional, antarabangsa malah ke peringkat olimpik yang sudah tentu diwakili anak-anak atau warga nelang negeri Terengganu.

Kehebatan dan kenelangan Terengganu diketengahkan kepada masyarakat untuk meningkat rasa penghargaan, patriotik di samping sumber kekuatan, inspirasi dan motivasi kepada rakyat Terengganu khususnya dan Malaysia amnya.

Saturday, March 11, 2017

PERTANDINGAN MEWARNA WARISAN KITA 2017

Pertandingan Mewarna Warisan Kita telah berlangsung di Kompleks Muzium Negeri Terengganu pada 11 Mac 2017 berjaya mengumpul   650  penyertaan di kalangan pelajar Tabika & Pra Sekolah
dan pelajar-pelajar sekolah rendah.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB Haji  A.Latiff  bin Awang, Pengerusi JK Pendidikan, Sains Teknologi dan Transformasi Negeri Terengganu.




Wednesday, February 15, 2017

Lawatan Kerja YAB Menteri Besar Terengganu ke Rumah Warisan.




Sekitar lawatan kerja YAB Menteri Besar Terengganu ke Rumah Warisan Negeri Rumah Hj Su di Kg. Losong Haji Su yang turut diiringi oleh YB Dato Sabri Alwi dan YBhg Tun Faisal, Pengarah Pelancongan Terengganu pada 1 Februari 2017


Monday, January 23, 2017


Kalendar Aktiviti Muzium Terengganu 2017. 13 program yang merangkumi pameran, persembahan, akademik dan pertandingan. 3 program yang menjadi program utama ialah Festival Gamelan SeDunia 2017, Seminar & Pameran Kearifan Tempatan serta Adu Kolek menjadi sandaran kepada pengunjung bersempena Tahun Melawat Terengganu 2017.

Search This Blog

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...