Terengganu
merupakan sebuah negeri yang banyak menempa sejarah kegemilangan dan kehebatan
dalam pelbagai bidang seperti pelayaran, pendidikan, kesukanan, kesenian,
kebudayaan dan lain-lain yang membuktikan Terengganu memiliki orang-orang
nelang yang berupaya meraih kejayaan dalam bidang-bidang tersebut. Bukti kehebatan tersebut sebahagiannya
dipelihara di Muzium Negeri Terengganu yang menjadi lambang kehebatan orang
Terengganu. Batu Bersurat, Perahu Besar,
Rumah Warisan Negeri, tekstil, tekstil tenunan dan sebagainya menjadi ikon dan
mewakili bidang-bidang kehebatan tersendiri yang berkait dengan ‘nelang’ orang
Terengganu.
Perkataan
‘nelang’ atau ‘hanelang’ merupakan
dialek tempatan yang bermaksud handal, bengkeng atau tidak mahu kalah
manakala Kamus Dewan Edisi Ketiga
mentafsirkan sebagai ‘handalan’ sebagai
dapat dipercayai atau dapat diharapkan;
setia, pandai dan bijak dalam permainan dan lain-lain. ‘Nelang’ merupakan satu istilah yang merujuk
kepada sikap luar biasa sikap dan nilai orang Terengganu sehingga diterima dan
difahami sebagai sikap istimewa yang ada pada orang Terengganu.
Bidang sukan menjadi fokus tumpuan pameran ini dimana
Terengganu telah mencatat sejarah dalam pelbagai bidang kesukanan dan pelbagai
peringkat, peringkat negeri, nasional,
antarabangsa malah ke peringkat olimpik yang sudah tentu diwakili anak-anak
atau warga nelang negeri Terengganu.
Kehebatan dan kenelangan Terengganu diketengahkan kepada
masyarakat untuk meningkat rasa penghargaan, patriotik di samping sumber
kekuatan, inspirasi dan motivasi kepada rakyat Terengganu khususnya dan
Malaysia amnya.