Saturday, May 14, 2011


PAMERAN 1 MALAYSIA SENI KONTEMPORARI PELANCONGAN MALAYSIA.

15 MEI – 15 JUN 2011.

Pameran Seni Kontemporari Pelancongan Malaysia merupakan astu wadah mengangkat dan memertabatkan hasil kerja seni artis tanahair yang menjuruskan paparan imej budaya tempatan secara kontemporari sebagai subjek utama. Paparan imej atau subjek tadi diharap dapat menjadi refleksi kepada elemen pelancongan tanahair melalui keindahan, keunikan dan kepelbagaian budaya dan resam. Lembaga Muzium Negeri Terengganu mengambil langkah mengumpul lebih dari 40karya pelukis tanahair untuk di pamerkan sepanjang sebulan bermula 15 Mei – 15 Jun 2011 bertempat di Galeri Seni, Muzium Negeri Terengganu. Karya-karya tersebut sebahagiannya merupakan karya pemenang pertandingan Melukis Citra Terengganu yang menjadi aktiviti tahunana Muzium Negeri beberapa tahun lalu.

Menurut Kurator Pameran, En.Fairuz Karim pameran ini akan mengenengahkan karya-karya kontemporari menerusi pendekatan subjek, teknik dan media yang menjadi teras kepada pengkaryaan. Beliau berharap pameran ini akan berjaya memberikan apresiasi terhadap seni catan kontemporari serta memperakui sumbangan pengkarya sebagai perakam visual tempatan dari sudut yang berbeza.Beliau juga berharap para artis dan pecinta seni budaya dapat memanfaatkan pameran ini sekaligus berkongsi idea dan sudut pandang menerusi karya yang dihasilkan.

Search This Blog

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...