Wednesday, March 20, 2019
Monday, January 22, 2018
Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderamata Sempena Pameran Terengganu Nelang.
Majlis penyampaian Sijil
Penghargaan dan cenderamata sempena Pameran Terengganu Nelang diadakan di Bilik
Telepuk, Kompleks Muzium Negeri Terengganu. Penyampaian disempurna oleh
Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu sebagai menghargai kerjasama para
atlet dalam menjayakan pameran tersebut yang belangsung bermula 9 Julai hingga 31 Disember 2017.
Seramai 20 atlet
terlibat adalah Abd. Mubin Rahim (Angkat Berat), Chee Geok Whee (Badminton),
Che Azrol Che Mat (Angkat Berat), Mohamad Fairus Abd. Jabal (Lawn Bowls), Mohd
Hafifi Mansor (Angkat Berat), Mohd Noor Abdullah (Takraw), Mohd Putra Abd.
Ghani (Takraw), Nazmizan Mohamad
(Olehraga), Nurul Syafiqah Hashim (Memanah), Siti Rahmah Mohd Nasir (Silat),
Sofian Mohd (Basikal keliling Dunia secara Solo), Siti Rajiah Ali (Kenu),
Muhamad Rafi Kori (Pendaki Everest),
Fakrul Aidib Mohamad Yusoff (Pendaki Everest), Syazwan Mohd Noor (
Go-Kart & Formula Future), Razak Ghazali (Silat) dan Mohamad Azwar Bakar@Ibrahim
(Pingpong-Paralimpik).
Penghargaan juga
diberi kepada Terengganu Sycling Team (TSG), Majlis Sukan Terengganu (MSN) dan
Pejabat Urusan Royal Terengganu Endurance (RTES) termasuk penghargaan kepada Muzium Daerah Kemaman.
Kesediaan dan kesudian para atlet meminjamkan koleksi peribadi masing-masing
merupakan satu kerjasama yang sangat besar maknanya kepada Muzium Negeri
Terengganu. Koleksi-koleksi tersebut
telah menjadi antara daya tarikan kepada
pengunjung sepanjang pameran berlangsung.
Wednesday, December 13, 2017
12 Pasukan Berentap di Pertandingan ADU KOLEK.
Buat
julung kalinya Kerajaan Negeri Terengganu bersama Lembaga Muzium Negeri
Terengganu menganjurkan Pertandingan ADU KOLEK sebagai satu langkah
pemuliharaan khazanah budaya tradisi. Adu Kolek merujuk kepada perlumbaan
perahu kolek, sebuah perahu tradisi yang sering menjadi acara pertandingan
sewaktu perayaan kebesaran Diraja. Menurut catatan sejarah awal, perlumbaan
terawal secara besar-besaran bermula di Pengkalan Syahbandar Kuala Terengganu
pada awal tahun 1950an bersempena sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan
Terengganu. Selepas itu, saban tahun pernah diadakan pesta air sempena hari
kebesaran negeri seperti Hari Pertabalan dan Keputeraan Sultan. Acara-acara pesta air ini antaranya
perlumbaan perahu nelayan seperti Payang, Kolek, Sekoci, perahu panjang, bot nelayan, bot penambang, bot
berhias, tangkap itik, pukul bantal dan panjat tiang licin.
Bagi
tahun 2017 sebanyak 12 pasukan telah mendaftar untuk pertandingan tersebut yang
terdiri dari semua Pejabat Daerah di Negeri Terengganu serta UITM, UnisZa, UMT
dan ILP yang bakal berentap di Pesisiran Pulau Warisan pada 23 – 24 Disember
2017 bermula jam 9.00 pagi hingga 6 petang. Majlis perasmian penutup akan
disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Terengganu pada 23hb.Disember 2017 jam
11.00 pagi.
Sunday, July 9, 2017
PAMERAN TERENGGANU NELANG
Terengganu
merupakan sebuah negeri yang banyak menempa sejarah kegemilangan dan kehebatan
dalam pelbagai bidang seperti pelayaran, pendidikan, kesukanan, kesenian,
kebudayaan dan lain-lain yang membuktikan Terengganu memiliki orang-orang
nelang yang berupaya meraih kejayaan dalam bidang-bidang tersebut. Bukti kehebatan tersebut sebahagiannya
dipelihara di Muzium Negeri Terengganu yang menjadi lambang kehebatan orang
Terengganu. Batu Bersurat, Perahu Besar,
Rumah Warisan Negeri, tekstil, tekstil tenunan dan sebagainya menjadi ikon dan
mewakili bidang-bidang kehebatan tersendiri yang berkait dengan ‘nelang’ orang
Terengganu.
Perkataan
‘nelang’ atau ‘hanelang’ merupakan
dialek tempatan yang bermaksud handal, bengkeng atau tidak mahu kalah
manakala Kamus Dewan Edisi Ketiga
mentafsirkan sebagai ‘handalan’ sebagai
dapat dipercayai atau dapat diharapkan;
setia, pandai dan bijak dalam permainan dan lain-lain. ‘Nelang’ merupakan satu istilah yang merujuk
kepada sikap luar biasa sikap dan nilai orang Terengganu sehingga diterima dan
difahami sebagai sikap istimewa yang ada pada orang Terengganu.
Bidang sukan menjadi fokus tumpuan pameran ini dimana
Terengganu telah mencatat sejarah dalam pelbagai bidang kesukanan dan pelbagai
peringkat, peringkat negeri, nasional,
antarabangsa malah ke peringkat olimpik yang sudah tentu diwakili anak-anak
atau warga nelang negeri Terengganu.
Kehebatan dan kenelangan Terengganu diketengahkan kepada
masyarakat untuk meningkat rasa penghargaan, patriotik di samping sumber
kekuatan, inspirasi dan motivasi kepada rakyat Terengganu khususnya dan
Malaysia amnya.
Saturday, March 11, 2017
PERTANDINGAN MEWARNA WARISAN KITA 2017
Pertandingan Mewarna Warisan Kita telah berlangsung di Kompleks Muzium Negeri Terengganu pada 11 Mac 2017 berjaya mengumpul 650 penyertaan di kalangan pelajar Tabika & Pra Sekolah
dan pelajar-pelajar sekolah rendah.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB Haji A.Latiff bin Awang, Pengerusi JK Pendidikan, Sains Teknologi dan Transformasi Negeri Terengganu.
dan pelajar-pelajar sekolah rendah.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB Haji A.Latiff bin Awang, Pengerusi JK Pendidikan, Sains Teknologi dan Transformasi Negeri Terengganu.
Wednesday, February 15, 2017
Lawatan Kerja YAB Menteri Besar Terengganu ke Rumah Warisan.
Sekitar lawatan kerja YAB Menteri Besar Terengganu ke Rumah Warisan Negeri Rumah Hj Su di Kg. Losong Haji Su yang turut diiringi oleh YB Dato Sabri Alwi dan YBhg Tun Faisal, Pengarah Pelancongan Terengganu pada 1 Februari 2017
Monday, January 23, 2017
Kalendar Aktiviti Muzium Terengganu 2017. 13 program yang merangkumi pameran, persembahan, akademik dan pertandingan. 3 program yang menjadi program utama ialah Festival Gamelan SeDunia 2017, Seminar & Pameran Kearifan Tempatan serta Adu Kolek menjadi sandaran kepada pengunjung bersempena Tahun Melawat Terengganu 2017.
Perasmian Pameran Negeri Cantik Budaya Menarik.
Perasmian Pameran Negeri Cantik Budaya Menarik, pembuka kalendar Aktiviti Muzium Terengganu pada 2 Jan 2017 oleh YBM Tengku Zaihan Che Ku Abd.Rahman mewakili YAB Menteri Besar Terengganu.
Sunday, August 21, 2016
SAHABAT
MUZIUM.
Muzium dan Masyarakat satu frasa yang memberikan
signifikan tersendiri didalam menzahirkan fungsi dan peranan muzium secara dua
hala. Pemuziuman yang bertunjangkan kepada kepentingan dan faedah masyarakat
sudah tentu memerlukan komitmen secara langsung atau sebaliknya dari masyarakat juga.
Sahabat Muzium merupakan satu flatform yang relevan masakini dalam mewujudkan jalinan yang menyeluruh muzium dengan
masyarakat setempat dan diluar. “Sahabat Muzium” diwujudkan bagi merealisasikan
peranan muzium dalam hubungannya dengan masyarakat serta menyediakan ruang
sebagai komitmen masyarakat awam
membantu dan memikul tanggungjawab sosial bersama.
Pengwujudan “Sahabat Muzium”bermatlamatkan untuk sebagai
satu medium penyaluran pendidikan pemuziuman, dan mewujudkan satu team sebagai sukarelawan muzium
dalam membantu dan menyemarakkan aktiviti pemuziuman yang bersifat
kemasyarakatan.
Objektif
a. Menyediakan ruang untuk orang ramai membantu
kerja-kerja pemuziuman sekaligus bertindak sebagai sukarelawan muzium dalam
membantu jabatan menyemarakkan program-program yang dijalankan.
b. Menyediakan satu flatform membantu orang ramai untuk
lebih memahami peranan muzium sebagai penyebar maklumat di samping menanam rasa
cinta mereka terhadap muzium
c. Perkongsian dan percambahan ilmu dalam mengembangkan
peranan muzium sebagai institusi pendidikan tidak formal yang mampu menyalurkan
ilmu dalam pelbagai bidang dengan efektif
d. Mewujudkan duta-duta kecil sebagai agen promosi untuk
menarik orang ramai berkunjung kemuzium.
e. Mengeratkan hubungan muzium dengan masyarakat luar.
Syarat-syarat penyertaan
·
Penyertaan terbuka pada warganegara 18 tahun keatas.
·
Sihat tubuh badan dan
perawakan menarik
·
Boleh membaca dan menulis
·
Yuran Keahlian/pendaftaran RM50.00 (setelah permohonan berjaya)
·
Memiliki kemahiran
1) Bahasa
dan komunikasi
2) Kesenian
dan kebudayaan
3) Keahlian
dalam pelbagai disiplin ilmu.
Antara
Manfaat Keahlian Sahabat Muzium
a. Dapat
menyertai aktiviti jabatan secara ekslusif secara berkala
b. Diskaun
50% untuk tiket dan aktiviti jabatan yang berbayar.
c. Kad
keahlian dengan diskaun pembelian dari agensi terpilih
d. Sehelai
Kemeja T untuk aktiviti semasa.
e Buletin
Khazanah secara percuma untuk setiap keluaran
f. Sijil Keahlian kepada ahli yang aktif.
Tuesday, June 28, 2016
7 Ribu Pelajar Kunjungi Muzium - Kerja Khusus PT3
Dalam tempoh 2 minggu hampir 7,000 pelajar Tingkatan 3 seluruh Terengganu telah menyerbu ke Kompleks Muzium dan Muzium-Muzium Daerah dalam usaha menyelesaikan kerja khusus PT3 yang memberi fokus kepada bangunan dan monumen bersejarah. Kota Lama Duyong, Rumah Haji Su, Muzium Kemaman, Muzium Dungun dan Bukit Puteri antara kunjungan pelajar bagi mendapatkan maklumat berkaitan.
Semoga kunjungan untuk menimba ilmu dan maklumat akan menrealisasikan lagi slogan 'muzium sebagai pusat pemuliharaan dan rujukan kearifan tempatan'. Selamat Maju Jaya kepada adik-adik pelajar semua.
Monday, June 20, 2016
PAMERAN SERAMIK 2016
Pameran Seramik 2016 yang mula dibuka pada orang ramai bermula 18
Mei – 18 Julai 2016 bertempat di Dewan
Mandalika mengumpul lebih dari dua ratus koleksi terpilih dari dalam dan luar
negara termasuklah artifak arkeologi dan artifak kapal karam. Pameran ini
bertujuan untuk memberikan apresiasi kepada masyarakat umum tentang nilai dan
estetika seni seramik. Pameran ini juga memaparkan kronologi persejarahan seni
seramik yang bermula pada zaman
prasejarah sehingga zaman moden.
Ragam hias seramik dengan pelbagai teknik dan warna menjadi sebahagian dari
daya tarikan pengunjung.
Pembukaan Semula Galeri Petrolium PETRONAS dan Pameran Merdeka Award.
Galeri
Petrolium PETRONAS yang merupakan antara
galeri terawal yang dibuka pada orang ramai di Kompleks Muzium sejak tahun
1995 telah dibuka semula pada orang ramai ekoran penutupan untuk
kerja-kerja menaik taraf galeri tersebut dengan kandungan dan persembahan yang
baharu.
Satu majlis
perasmian pembukaan semual galeri tersebut telah diadakan pada
26 Mei 2016 Majlis perasmian pembukaan semula Galeri Petroleum PETRONAS disempurnakan oleh Yang Dipertua Dewan
Undangan Negeri, Datuk Mohd Zubir Embong yang turut dihadiri Pengurus Besar
Perhubungan Awam Petronas, Intan Ainirawati A Razak dan Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Pantai Timur,
Wan Mohd Hasnan Abdullah.
Galeri Petrolium
ini bertujuan memberi maklumat dan pengetahuan kepada orang ramai mengenai
perkembangan industri minyak dan gas di negara ini. Beliau berkata, pengunjung
ke galeri berkenaan berpeluang mendalami pengetahuan mengenai industri minyak
dan gas negara melalui bahan pameran menarik dan interaktif disediakan.
Bersempena
dengan majlis tersebut juga, YB Dato Mohd Zubir turut merasmikan Siri Jelajah
Potret Penerima Anugerah Merdeka oleh Galeri PETRONAS di lokasi sama. Siri
jelajah berkenaan mempamerkan koleksi potret penerima Anugerah Merdeka antara
2008 hingga 2013
Pameran ini
memaparkan tujuh belas potret penerima anugerah “Merdeka Award’ anjuran
PETRONAS dengan matlamat memberikan apresiasi, menggalakkan budaya
inovasi dan kepimpinan serta memberikan inspirasi kearah kecemerlangan di
kalangan masyarakat yang dipamerkan sepanjang tahun 2016.
Turut hadir di
majlis tersebut adalah Pengurus Galeri Petronas dan Datuk Mohammad Nor Khalid
atau lebih dikenali sebagai Datuk Lat. Majlis perasmian pameran turut diisi
dengan acara Diskusi Seni oleh Dato Lat
yang mengimbau sejarah penglibatan beliau dalam dunia komik dan kartun.
Majlis yang turut dihadiri oleh penggiat seni lukis tempatan telah berjaya memberikan satu impak yang baik dalam
perkembangan dunia seni lukis tanahair.
Monday, March 7, 2016
Muzium Maya Terengganu Pertama di Malaysia, Ketiga di Dunia
Muzium Maya Terengganu Pertama di Malaysia, Ketiga Di Dunia
Kerajaan negeri mula memperkenalkan Muzium Maya bagi membolehkan 33,000
bahan sejarah dan artifak milik Lembaga Muzium Negeri Terengganu dapat
dilihat melalui capaian secara interaktif.
Muzium Maya Terengganu yang diwujudkan dengan kerjasama Universiti
Kebangsaan Malaysia itu adalah pertama di Malaysia dan ketiga di dunia.
Kemudahan itu boleh dicapai melalui laman sesawang
www.ftsm.ukm.my/museummaya, selain menyediakan kemudahan interaktif di
setiap ruangan pameran di Muzium Negeri Terengganu.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri,
Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman berkata, melalui program itu, pihak
muzium bukan sahaja dapat menjimatkan kos, malah menjimatkan ruang
pameran.
Katanya, terdapat banyak artifak yang tidak dapat dipamerkan kerana
ruang yang sempit walaupun khazanah tersebut sangat bernilai tinggi.
“Projek ini juga dapat memberi kesedaran kepada pelawat tentang
kepentingan warisan budaya yang ditinggalkan nenek moyang,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Sompisium ICT Dalam
Warisan Budaya dan Pelancaran Sistem Muzium Maya di Muzium Terengganu,
hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda, Pengarah
Muzium Terengganu, Mohd Yusof Abdullah dan Timbalan Naib Canselor UKM,
Prof Dato’ Imran Ho Abdullah.
Sementara itu, Imran memberitahu buat permulaan sebanyak 400 artifak
dimuatkan ke dalam sistem itu, dan selebihnya akan diselaras secara
berperingkat-peringkat.
“Kami yakin sistem muzium maya ini mampu memberi manfaat dan impak
besar kepada masyarakat hasil daripada proses penyelidikan dan kerjasama
erat enam pakar UKM,” katanya.
Sumber : Teganu Online
Tuesday, June 2, 2015
WARNA WARNI CUTI SEKOLAH KEMBALI LAGI
Cuti persekolahan telah pun bermula pada 30 Mei 2015 hingga 13 Jun 2015. Pelbagai aktiviti menarik disajikan untuk pengunjung-pengunjung Muzium Negeri Terengganu.
Sejajar dengan objektif muzium iaitu menjadi muzium terbaik pada tahun 2020, muzium mengambil langkah untuk mengetengahkan lagi dunia pemuziuman kepada pengunjung-pengunjung sepanjang cuti sekolah ini. Di samping Pameran Organ Manusia yang menampilkan 90% spesimen organ manusia yang sebenar, kami juga mengadakan Mini Pameran Pemuziuman, Pameran Kucing, Booth Jualan dan Car Boot Sale untuk mempelbagaikan aktiviti dan kemudahan serta keselesaan pengunjung.
Sejajar dengan objektif muzium iaitu menjadi muzium terbaik pada tahun 2020, muzium mengambil langkah untuk mengetengahkan lagi dunia pemuziuman kepada pengunjung-pengunjung sepanjang cuti sekolah ini. Di samping Pameran Organ Manusia yang menampilkan 90% spesimen organ manusia yang sebenar, kami juga mengadakan Mini Pameran Pemuziuman, Pameran Kucing, Booth Jualan dan Car Boot Sale untuk mempelbagaikan aktiviti dan kemudahan serta keselesaan pengunjung.
Selain itu, pengunjung turut dijemput untuk menyertai "Pertandingan Koleksi Antik dan Foto Lama", "Pertandingan Kukor Nyior" secara berpasangan, "Pertandingan Teka Jumlah Anak Tangga Muzium" dan "Pertandingan Kucing Baka Shorthair dan Longhair".
Pertandingan Teka Anak Tangga Blok Utama Muzium dan Pertandingan Koleksi Antik dan Foto Lama diadakan sepanjang cuti sekolah ini kecuali hari Jumaat dan Sabtu. Dapatkan borang penyertaan di kaunter Urusetia. Keputusan Johan, Naib Johan dan tempat Ketiga akan diumumkan pada hari Sabtu, 13 Jun 2015.
Manakala Pertandingan Kukor Nyior secara berpasangan pula akan diadakan pada hari Sabtu ini, 6 Jun 2015, jam 11.00 pagi bertempat di tapak program Warna Warni Cuti Sekolah, Muzium Negeri Terengganu. Pertandingan ini diadakan buat kedua kalinya kerana sambutannya amat menggalakkan dan di atas permintaan orang ramai.
Pertandingan Kucing 2 kategori iaitu Long Hair dan Shorthair, yang dianjurkan oleh Kelab Kucing Negeri Terengganu pula akan diadakan pada 12 dan 13 Jun 2015 iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu minggu terakhir cuti sekolah. Anda pastinya teruja dengan kecomelan dan kepelbagaian spesis kucing yang dipamerkan.
Terima kasih kepada semua hotel-hotel yang sudi memberi sumbangan dan tajaan hadiah sepanjang program Warna Warni Cuti Sekolah ini berlangsung.
Tuesday, April 7, 2015
PERASMIAN PAMERAN ORGAN MANUSIA PENUH KEJUTAN
Majlis Perasmian Pameran Organ Manusia telah diadakan pada hari Isnin, 6 April 2015 bertempat di Serambi Mandalika, Muzium Negeri Terengganu. Majlis berlangsung pada jam 10.30 pagi itu dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Haji Zubir bin Embong; Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, mewakili Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu.
Pameran ini juga mampu menyuntik minat pada generasi muda khasnya para pelajar untuk mendalami bidang pendidikan kesihatan dengan ilmu yang betul berdasarkan fakta sains.
Rata-rata pelawat yang hadir pada hari perasmian itu berpuas hati dengan pameran yang dipaparkan di mana ia melibatkan 90% spesimen organ manusia asli dan selebihnya adalah replika. Mereka juga turut dipersembahkan satu Diorama Dewan Bedah serta beberapa acara sampingan seperti Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Pendaftaran Derma Organ dan Derma Darah.
Pihak muzium ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pusat Pengajian Sains dan Perubatan USM, MedikSCOM, Jabatan Patologi USM, Jabatan Anotomi USM dan Hospital Sultanah Nur Zahirah kerana membentuk satu kerja berpasukan yang cukup hebat dalam sama-sama menjayakan Pameran Organ Manusia 2015. Segunung penghargaan jua buat semua rakan-rakan media yang sudi hadir dan memberi sokongan padu kepada kami.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menghayati kebesaran Allah S.W.T yang ada pada diri kita.
Thursday, March 12, 2015
Pertandingan Gamelan Melayu Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu 2015
Pertandingan Gamelan Melayu Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu telah
berlangsung di Laman Warisan Muzium Negeri Terengganu pada 8 dan 9 Mac
2015 baru-baru ini. Sebagai acara pembuka tirai pada tahun 2015, ia
merupakan satu permulaan yang agak baik di mana pertandingan ini
disertai oleh 21 buah sekolah dari seluruh negeri Terengganu.
Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mengekalkan kegemilangan muzik
warisan melayu ini agar tidak lenyap ditelan zaman. Tahniah diucapkan
kepada SM Sains Setiu yang telah berjaya menambat hati juri seterusnya
menjadi Johan bagi tahun ini. Manakala Naib Johan pula dimenangi oleh
SMK Tengku Mahmud, Besut. Tempat Ketiga berjaya dirangkul oleh SMK Bukit
Diman. Juara bagi tahun 2014, SMK Mak Lagam mendapat Anugerah Khas Juri
kerana berjaya menampilkan persembahan yang cukup mengasyikkan.
| Johan Pertandingan Gamelan Melayu Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu 2015, SM Sains Setiu |
| Anugerah Khas Juri, SMK Mak Lagam |
Sempena pertandingan ini, Lembaga Muzium Negeri Terengganu turut memperkenalkan Kumpulan Gamelan Muzium yang diberi nama Tunjang Warisan. Kumpulan ini mula ditubuhkan pada bulan Oktober 2014 sejajar dalam merealisasikan hasrat Pengarah untuk menjadikan Muzium Negeri Terengganu sebagai pusat rujukan muzik gamelan khususnya Gamelan Melayu.
| Kumpulan Gamelan Muzium Negeri Terengganu, "Tunjang Warisan" mengadakan persembahan |
Pihak Muzium Negeri Terengganu mengucapkan setinggi ucapan tahniah dan terima kasih kepada sekolah-sekolah yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini. Semoga kita bersua lagi pada tahun hadapan... Insya-Allah.
Sunday, March 1, 2015
Lawatan Pelajar Diplomatik dari 19 buah negara ke Muzium Negeri Terengganu
Lawatan pelajar Diplomatik dari 19 buah negara ke Muzium Negeri Terengganu pada 28 Februari 2015. Lawatan antarabangsa ini dikendalikan oleh Kementerian Pelancongan Negeri dan bertujuan untuk memperkenalkan produk pelancongan yang ada di negeri Terengganu. Antara negara-negara yang terlibat adalah dari Zimbabwe, Georgia, Indonesia, Laos, Malaysia, Sri Lanka dan lain-lain.
Perkenalan singkat bersama pelajar-pelajar ini ternyata memberi satu kenangan yang paling manis buat mereka kerana mereka diberi peluang mengelilingi Kompleks Muzium Negeri Terengganu dan perkarangan Muzium Negeri Terengganu termasuk ke Galeri Pelayaran dan Perdagangan; Perahu Besar Kemajuan & Perahu Besar Sabar.
Menurut peserta dari Georgia, Kate berkata, beliau cukup kagum dengan struktur dan senibina Kompleks Muzium Negeri Terengganu yang menggambarkan terdapat seribu satu misteri yang tersimpan di sini yang perlu dijejak untuk tatapan dunia. Tambahnya lagi, beliau akan turut memperkenalkan Muzium Negeri Terengganu ini kepada rakan-rakan senegara beliau kelak.
Pertandingan Mewarna Warisan Kita 2015
Lembaga Muzium Negeri Terengganu telah mengadakan Pertandingan Mewarna Warisan Kita 2015 pada 28 Februari 2015 baru-baru ini. Pertandingan itu disertai kira-kira 800 pelajar yang terdiri daripada kanak-kanak Pra Sekolah, Tahap 1 dan Tahap 2 dari Tadika KEMAS, Yayasan Islam Terengganu, Tadika Perpaduan dan sekolah-sekolah rendah sekitar negeri Terengganu ini.
Dengan tema 'Sayangi Warisan Kita', pertandingan ini bermatlamatkan memberi apresiasi budaya dan sejarah kepada generasi muda ke arah melahirkan generasi celik sejarah dan budaya bangsa.
Berikut adalah senarai pemenang:
KATEGORI 1 - PRA SEKOLAH
JOHAN
Nurin Syahmina Bt Mohd Azani
KTP Mengabang Tengah
NAIB JOHAN
Naufal Hakim Bin Hazim
Tabika KEMAS Bukit Bayas
KETIGA
Nur Aisyah Munirah Bt Hussin
Yayasan Islam Terengganu
KATEGORI 2 - TAHAP 1 (7 - 9TAHUN)
JOHAN
Lee Pei Qi
SJK (C) Chung Hwa Wei Sin
NAIB JOHAN
Julia Nadhirah Bt Zulkifli
Sekolah Kebangsaan Kepong
KETIGA
Nurfarahin Zahirah Bt Zamri
Sekolah Kebangsaan Kompleks Wakaf Tembesu
KATEGORI 3 - TAHAP 2 (10-12 TAHUN)
JOHAN
Nurin Aisya Bt Mat Yusof
Sekolah Kebangsaan Bukit Perah
NAIB JOHAN
Ten Chin Shyuen
SJK (C) Chung Hwa Wei Sin
KETIGA
Toh Ann Chyi
SJK (C) Chung Hwa Wei Sin
Segunung tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang. Kepada yang tidak berjaya teruskan berusaha. Terima kasih kepada semua peserta yang mengambil bahagian di atas sokongan yang diberikan.
.
Dengan tema 'Sayangi Warisan Kita', pertandingan ini bermatlamatkan memberi apresiasi budaya dan sejarah kepada generasi muda ke arah melahirkan generasi celik sejarah dan budaya bangsa.
Pertandingan turut di meriahkan dengan aktiviti sampingan
seperti persembahan spontan kanak-kanak, kuiz dan cabutan nombor
bertuah.
Berikut adalah senarai pemenang:
KATEGORI 1 - PRA SEKOLAH
JOHAN
Nurin Syahmina Bt Mohd Azani
KTP Mengabang Tengah
NAIB JOHAN
Naufal Hakim Bin Hazim
Tabika KEMAS Bukit Bayas
KETIGA
Nur Aisyah Munirah Bt Hussin
Yayasan Islam Terengganu
KATEGORI 2 - TAHAP 1 (7 - 9TAHUN)
JOHAN
Lee Pei Qi
SJK (C) Chung Hwa Wei Sin
NAIB JOHAN
Julia Nadhirah Bt Zulkifli
Sekolah Kebangsaan Kepong
KETIGA
Nurfarahin Zahirah Bt Zamri
Sekolah Kebangsaan Kompleks Wakaf Tembesu
KATEGORI 3 - TAHAP 2 (10-12 TAHUN)
JOHAN
Nurin Aisya Bt Mat Yusof
Sekolah Kebangsaan Bukit Perah
NAIB JOHAN
Ten Chin Shyuen
SJK (C) Chung Hwa Wei Sin
KETIGA
Toh Ann Chyi
SJK (C) Chung Hwa Wei Sin
Segunung tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang. Kepada yang tidak berjaya teruskan berusaha. Terima kasih kepada semua peserta yang mengambil bahagian di atas sokongan yang diberikan.
.
Saturday, February 21, 2015
Majlis Pelancaran Kalendar Aktiviti Muzium Negeri Terengganu 2015
MAJLIS PELANCARAN KALENDAR AKTIVITI MUZIUM NEGERI TERENGGANU 2015
Pelancaran Kalendar Aktiviti Muzium Negeri Terengganu 2015 telah diadakan pada 17 Februari 2015 di perkarangan Muzium Negeri Terengganu baru-baru ini. Majlis itu telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Jidin bin Shapee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri.
Antara tetamu-tetamu yang hadir memeriahkan lagi majlis itu ialah Ahli Lembaga Muzium Negeri Terengganu iaitu Yang Berbahagia Dato' Haji Alwi bin Muhamad dan Yang Berbahagia Tuan Haji Long bin Abdul Rahman.
Majlis yang berlansung dalam kesederhanaan ini turut mengundang wakil-wakil 'Tourism Players' bagi mempromosikan aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung sepanjang tahun ini. Tuan Haji Mohd Yusof bin Abdullah, Pengarah Muzium Negeri Terengganu berkata beliau amat berterima kasih kepada MAIDAM, MATTA, UKOM, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Taman Tamadun Islam Management, Hotel Permai, Hotel Primula Beach, Hotel Grand Continental, Hotel Sumai, Felda Residence, Hotel Grand Puteri, Hotel Tabung Haji, SUKTRA, Tourism Malaysia Terengganu, Jabatan Belia dan Sukan, Majlis-Majlis Daerah, Jabatan Penyiaran Negeri Terengganu kerana sudi meluangkan masa menghadiri majlis yang bermakna ini.
Di akhir majlis, satu sidang akhbar telah diadakan bersama Yang Berbahagia Dato' Haji Mohd Jidin bin Shapee,Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan; dan Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Yusof bin Abdullah, Pengarah Muzium Negeri Terengganu. Majlis turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil-wakil akhbar yang hadir; The Star, NSTP, Berita Harian, Sinar Harian dan lain-lain diatas sokongan yang diberikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)






