Search This Blog

Loading...

Tuesday, March 29, 2011

Gabungan Cendikiawan Multidisiplin Dalam Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu

Majlis Perasmian Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu yang disempurnakan oleh
YB Datuk Haji Abd.Rahin bin Mohd Said,
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Terengganu mewakili YAB Menteri Besar Terengganu.


Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu yang berlangsung dari 28 -29 Mac 2011 merupakan seminar tahunan kali ke tiga telah berjaya menggabungkan sepuluh cendekiawan tanahair yang mengupas Batu Bersurat Terengganu daripada pelbagai bidang.

Selama dua hari, sepuluh kertas kerja telah dibentang menerusi perspektif sastera dan bahasa, matematik, sejarah dan undang-undang dan astronomi. Antara tokoh-tokoh yang terlibat adalah Prof Dr. Bukhari Lubis, Prof Dr.Abdullah@Alwi Hj.Hassan, Prof Madya Dr.Rahimi Affandi bin Abd.Rahim dan Prof Dr.Muhamad Zainiy bin Uthman.

Seramai lebih dari 150 orang peserta telah mengikuti seminar ini yang berlangsung di Dewan Batu Bersurat, Muzium Negeri Terengganu yang telah rasmi disempurnakan oleh YB Datuk Haji Abd.Rahin bin Mohd Said, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Terengganu mewakili YAB Menteri Besar Terengganu.

Sebanyak lapan resolusi telah digariskan dalam seminar ini yang merangkumi aspek pendidikan, penyelidikan dan pembangunan. Resolusi tersebut ialah :-

  1. Penghayatan tulisan jawi hendaklah disemarakkan lagi di semua peringkat masyarakat agar khazanah yang termuat dalam manuskrip Melayu dapat dibongkar dan dimanfaatkan bagi mempertingkatkan martabat bangsa.
  1. Usaha-usaha penyelidikan yang bersifat multidisiplin hendaklah dipertingkatkan bagi mengesahkan bahawa Batu Bersurat Piagam Terengganu pencetus pertumbuhan dan perkembangan Undang-undang Melayu Lama.
  1. Mempercepatkan kelulusan Dana Penyelidikan sebagaimana persetujuan Seminar 2009 (khusus untuk menyelidik Batu Bersurat sahaja).
  1. Penyelidikan tentang bacaan dan tafsiran isi kandungan Batu Bersurat Piagam Terengganu hendaklah diteruskan.
  1. Penyelidikan arkeologi mencari tapak pelabuhan Foloan wajar dipergiatkan (merangkumi semua kawasan berhampiran).
  1. Tarikh 4 Rejab setiap tahun Hijrah diisytiharkan sebagai tarikh bersejarah memperingati pemasyhuran Islam sebagai agama rasmi Benua Terengganu.
  1. Mencadangkan agar Kerajaan Negeri Terengganu memberi Anugerah Khas kepada Yg. Bhg. Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas atas penemuan tarikh sebenar Batu Bersurat Piagam Terengganu.
  1. Mencadangkan salah sebuah Universiti di Terengganu menubuhkan Pusat Pengajian Khas yang berpaksi kepada Batu Bersurat Piagam Terengganu.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / kritikan / pandangan / cadangan bernas anda. Kunjungilah Muzium Negeri Terengganu sebagai destinasi pilihan anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...