Search This Blog

Loading...

Wednesday, October 20, 2010

Pameran Haiwan Berbisa

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian hidupan yang terdiri daripada tumbuhan dan haiwan.Negara ini juga merupakan salah satu daripada Negara yang mempunyai spesies haiwan yang terbanyak di dunia.Di antara haiwan-haiwan tersebut ada di antaranya yang mendatangkan kemudaratan kepada manusia.Haiwan-haiwan yang mempunyai bisa merupakan haiwan yang berbahaya.Kebiasaannya haiwan-haiwan ini mempunyai taring,sengat dan duri yang digunakan untuk mempertahankan diri atau membunuh mangsanya.Setengahnya pula mempunyai kulit yang beracun dan berbisa untuk melindungi diri dari ancaman musuh. Memandangkan haiwan-haiwan ini berbisa dan cukup berbahaya kepada manusia, maka kita seharusnya kenal dan tahu jenis-jenis haiwan tersebut.Bila kita mengenali haiwan-haiwan yang berbahaya ini,maka kita dapat elakkan diri kita serta keluarga daripada ancaman haiwan-haiwan berbisa yang boleh ditemui di sekitar kawasan kediaman.

Kita sering mendengar dan melihat berita dari negara luar di kaca TV mengenai kematian dan kecacatan disebabkan oleh haiwan berbisa ini.Di India misalnya, ramai daripada penduduk luar bandar yang kebanyakannya petani yang mati dan mengalami kecederaan parah akibat dari patukan ular tedung.

Walaupun haiwan-haiwan berbisa ini dikatakan mendatangkan kemudaratan kepada manusia,di sebalik itu ia juga boleh menyumbang kebaikan kepada manusia.Kita sudah maklum setengah ular itu berbisa,tetapi semasa kecemasan di dalam hutan ular-ular inilah menjadi makanan.Bisa ular juga dijadikan serum kepada gigitan ular.Begitu juga dengan lebah.Madu merupakan makanan berkhasiat yang memberikan pulangan kepada para-para pembiak dan pencari lebah madu.

Pendek kata, haiwan-haiwan ini walaupun mendatangkan keburukan kepada manusia,ia juga boleh memberi kebaikan kepada kita bergantung bagaimana kebijaksanaan manusia menguruskannya.

Pameran ini dipamerkan mengikut segmen-segmen tertentu beserta dengan bahan-bahan pameran sekali:

1. Reptilia Darat Berbisa (Ular Daratan)

2. Reptilia Air Berbisa (Ular Air)

3. Serangga Berbisa (Tebuan,lebah,penyengat)

4. Ikan Berbisa (Laut dan Air tawar)

5. Kala Jengking/Labah

6. Haiwan Akuatik Berbisa (Obor-obor,landak laut,pari,tetuka)

7. Pertunjukan Ular

8. Tinggal Bersama Ular

9. Kaedah Rawatan

10.Spesimen Awetan

11.Pertunjukan Video

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / kritikan / pandangan / cadangan bernas anda. Kunjungilah Muzium Negeri Terengganu sebagai destinasi pilihan anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...